Allah (s.w.t) Telah Mencipta Kejahatan dan Syaitan, Apa Hikmah di Sebalik Penciptaan Itu?

Rain 300x243 Allah (s.w.t) Telah Mencipta Kejahatan dan Syaitan, Apa Hikmah di Sebalik Penciptaan Itu?Kenapa syaitan dicipta? Allah [s.w.t.] telah mencipta kejahatan dan syaitan, apa hikmah di sebalik penciptaan itu, kerana kejahatan melahirkan kejahatan dan keburukan juga melahirkan keburukan?!

Jawapannya:

Maha Suci Allah! Bukan begitu…mencipta kejahatan bukanlah tidak baik, tetapi mengambil kejahatan itu yang tidak baiknya, kerana penciptaan melihat semua natijah dan berkait dengan natijah itu, sedangkan mengambil kejahatan/perkara yang tidak baik berkait dengan natijah khusus, kerana ia  merupakan perolehan khusus. Misalnya, natijah yang terhasil daripada turunnya hujan mencapai ribuan, dan semuanya adalah natijah yang baik dan bagus, tetapi sekiranya seseorang itu mendapat musibah daripada hujan itu kerana tindakan dan perbuatannya yang tidak baik, maka dia tidak berhak mengatakan bahawa penciptaan hujan itu tidak mendatangkan rahmat. Dia tidak berhak mendakwa penciptaan hujan itu merupakan kejahatan, bahkan hujan mendatangkan sesuatu yang buruk pada dirinya kerana pemilihan, tindak tanduk dan perolehannya sendiri yang buruk.

Begitu juga dengan penciptaan api. Dalam penciptaan itu terdapat faedah yang banyak. Semuanya adalah baik, tetapi sekiranya seseorang itu mendapat kecelakaan kerana tindakannya yang buruk ataupun kerana cara penggunaan yang tidak betul, maka dia tidak berhak mengatakan: Penciptaan api ini adalah suatu perkara yang tidak baik. Ini kerana api dicipta bukan hanya untuk membakar, tetapi dia sendiri yang memasukkan tangannya ke dalam api itu ketika memasak makanannya. Dengan sebab cara penggunaan yang tidak betul, dia menjadikan khadam yang taat setia itu sebagai musuhnya.

Kesimpulannya:

Sesungguhnya sedikit perkara yang tidak baik boleh digunakan untuk mendapatkan banyak kebaikan. Ini kerana kalau perkara yang tidak baik itu dibiarkan begitu sahaja kerana dikhuatiri akan berlakunya kejahatan, maka pada saat itu akan terhasillah banyak perkara yang tidak baik.

DIAMOND COAL 300x200 Allah (s.w.t) Telah Mencipta Kejahatan dan Syaitan, Apa Hikmah di Sebalik Penciptaan Itu?Contohnya: Apabila para tentera dikerahkan untuk berjihad, sudah semestinya kemudaratan dan bahaya akan menimpa, baik dari segi harta benda atau tubuh badan. Sudah dimaklumi bahawa dalam jihad itu sendiri terkandung banyak kebaikan yang mana Islam boleh terselamat daripada penguasaan orang kafir. Sekiranya jihad ditinggalkan kerana bimbang berlakunya bahaya dan kemudaratan yang sedikit itu, maka akan berlaku pula kemudaratan yang lebih banyak. Ia juga tidak akan menghasilkan banyak kebaikan. Dan ini merupakan asas kezaliman. Contoh lain: memotong jari yang ditimpa penyakit gangren (kelemayuh; kereputan tisu) mengandungi kebaikan dan ia adalah baik, walaupun pada zahirnya pemotongan itu nampak tidak baik, tetapi sekiranya jari itu tidak dipotong, dikhuatiri keseluruhan tangan pula yang mesti dipotong. Maka, pada saat itu berlakulah keburukan yang lebih besar.

Begitulah… penciptaan kejahatan, keburukan, bala, kemudaratan dan syaitan bukanlah perkara yang tidak baik dan buruk kerana benda-benda ini dicipta untuk mendapatkan hasil-hasil yang penting dan banyak pula. Para malaikat misalnya, tidak mempunyai darjat kedudukan yang boleh meninggi kerana syaitan tidak berupaya menguasai mereka. Oleh sebab itu, kedudukan mereka thabit dan tidak berubah. Begitu juga dengan haiwan. Kedudukan dan darjat mereka tidak berubah. Ia tetap dan rendah kerana syaitan tidak mengganggu mereka. Akan tetapi, dalam  dunia manusia, terdapat jarak yang jauh di antara kedudukan yang tinggi dengan kedudukan yang paling rendah. Jaraknya amat jauh dan luas sekali, kerana ia bermula daripada Namrud dan Firaun dan berhenti pada para siddiqin, para wali dan anbia (a.s). Jadi, terdapat martabat yang paling tinggi dan martabat yang paling rendah. Oleh kerana itu, dengan penciptaan syaitan, dan dengan rahsia taklif (beban/tanggungjawab) dan dengan pengutusan para nabi dan rasul, akan terbukalah medan ujian, pengalaman, jihad dan perlumbaan. Dengan itu, roh yang berada pada martabat yang paling rendah, yang seumpama arang yang tidak bernilai itu berbeza dengan roh yang berada pada martabat yang paling tinggi, yang serupa dengan berlian yang berharga itu. Tanpa jihad, tanpa perlumbaan, akan kekallah kesediaan manusia itu dalam dirinya, yakni akan samalah arang dan berlian itu. Maksudnya, akan samalah roh Saiyyidina Abu Bakar yang berada pada maqam yang tertinggi itu dengan roh Abu Jahal yang berada pada maqam yang palig rendah!.

Jadi, penciptaan syaitan dan kejahatan bukanlah satu perkara yang tidak baik dan bukan juga buruk, kerana ia bergerak ke arah natijah/hasil yang menyeluruh dan besar, bahkan keburukan dan kejahatan yang terhasil itu adalah hasil daripada penggunaan yang tidak betul dan kerana perbuatan manusia yang merupakan pengamal khusus. Ia merujuk kepada perbuatan manusia, bukannya penciptaan Ilahi.

Al-Maktub Kedua Belas, Risalah An-Nur

www.MalaysiaNur.com

Related posts:

Leave a reply

required

required

optional